Terletak di Medina, berhampiran Dataran Jemàa-El-Fna, Riad Chalymar merupakan sebuah rumah Morocco dengan reka bentuk moden yang menawarkan pemandangan Gunung Atlas dari teresnya.
Menginaplah di salah satu daripada 4 buah bilik atau 2 buah suite di sini, yang kesemuanya dihias dengan perabot bereka bentuk khas yang unik. Setiap bilik telah dihias untuk mencipta satu suasana yang damai.
Selepas seharian sibuk meneroka Marrakech, bersantailah sambil menikmati minuman bersama rakan-rakan di atas teres yang indah di Riad Chalymar ini, yang mana dari sana anda boleh menikmati pemandangan matahari terbenam yang indah atau berehatlah sambil membaca buku di salah sebuah ruang santai yang mengelilingi kolam renang.
Untuk semua penginapan melebihi 3 malam, hotel ini menawarkan anda pengangkutan percuma ke lapangan terbang.